Sunday, June 1, 2008

Rumah idamanku untuk keluargaku

Cerita pasal keluarga sikit yea ! Saya telah bekeluarga dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Anak saya yang ketiga namanye Danial Mustaqim.Tu gambar di sebelah kiri tu.Say "Hi" kat semua orang yea !Dia baru berumur 8 bulan. Aktiviti harian dia ialah bangun pukul 6 pagi ,lepas tu nak ajak main.Sekarang ni dah berjalan.Penat juga sebab sangat aktif



Yang di sebelah kanan ni ialah anak kedua saya. Ni ler anak perempuan saya seorang ajer. Dia berumur 7 tahun. Dah sekolah dah !Darjah satu katanya.

Ini anak sulung saya iaituDanial Mukhriz.Umurnya 9 tahun. Darjah 3.Ini harapan keluarga saya.


Di sebelah kanan ni ialah gambar keluarga saya termasuklah isteri
saya yang dok pegang anak tu.Isteri saya seorang guru agama dan mengajar di Jeli.
Saya sangat sayang isteri saya ni.Sapa tak sayang bini hoiiiii.Saya berharap kami akan hidup bahagia untuk selamanya di dalam rumah idamanku.

Thursday, May 29, 2008

Ruang makan idamanku



Bagaimana yea ?????
Cukupler dengan adanya meja makan, lampu khas untuk ruang makan dan hiasan suasana yang menyelerakan untuk menikmati hidangan makanan.Yang paling penting mestilah bersih sama ada di atas meja atau di bawah meja. Hiasan di atas meja makan mestilah tidak terlampau banyak sehingga nampak macam berserabut dan ini boleh menghilangkan selera makan. Alas meja perkara wajib yang mesti ada dan tidak dilupakan juga kain napkin mestilah disusun dan dilipat dengan cantik supaya nampak kemas. Peralatan lain seperti garfu, sudu dan pisau mestilah disusun dan diletakkan pada tempat khas untuknya.

Ruang tamu idamanku




Alamak, sempit ler ruang tamu rumah ni ! Kalau nak buat kenduri kendara memang ler susah. Ungkapan di atas biasa kita dengar apabila seseorang mengambil keputusan ingin membeli sesebuah rumah idamannya. Memang agak sukar hendak memilih rumah yang mempunyai ruang tamu yang agak luas. Setiap orang inginkan ruang tamu yang agak luas supaya nampak lapang, boleh memuatkan sofa atau kerusi, kabinet televisyen, hiasan lain seperti bunga dan yang penting, anak-anak boleh bermain di ruang tamu. Ini tidak. Apabila dimuatkan sofa dan sebagainya, ruang tamu tersebut nampak sempit dan pergerakan kita dan anak-anak akan tersekat. Oleh itu ruang tamu memainkan peranan penting dalam rumah idamanku. Kita mesti ingat ,fungsi ruang tamu ialah tempat untuk kita beristirehat, berbincang atau berkomunikasi dengan isteri atau suami, anak-anak dan juga tempat menyambut tetamu.Kita hendaklah bersyukur dan berpuas hati dengan ruang tamu yang kita miliki walaupun kecil kerana sekurang-kurangnya kita mempunyai tempat tinggal tidak seperti nasib orang yang tidak mempunyai rumah.

Wednesday, May 28, 2008

Ruang tidur idamanku !!!!!



Bagaimana ????

Itu persoalan yang timbul dalam fikiran kita. Bagaimana bentuk pelan bilik tidur kita ? Setiap kita mahu bilik tidur yang luas, lengkap dengan bilik air dan tandas di dalamnya supaya kita selesa untuk bergerak. Selain itu kita juga mahukan set bilik tidur yang bagus dan cantik sehingga sanggup menghabiskan wang beribu ringgit untuk membelinya. Yang tak mampu sanggup berhutang dan ada yang bayar secara ansuran setiap bulan.

Persoalannya mengapa ????

Jawapannya ialah kerana ingin melihat suasana tenang dan nyaman semasa memasuki bilik tidur. Selain itu, kita juga dapat melepaskan penat lelah bekerja sepanjang hari. Oleh itu bilik tidur yang kita idamkan mestilah dalam keadaan bersih, terjaga, mempunyai hiasan yang boleh menyejukkan mata, tilam dan katil yang selesa untuk kita berehat dan tidur.

Rumah oh rumah !!!!!


Setiap manusia amat memerlukan rumah untuk hidup lebih sempurna. Rumah adalah tempat kita berlindung daripada hujan dan panas. Selain itu, rumah memberi perlindungan kepada kita sekeluarga daripada musuh dan binatang liar. Rumah juga dapat melindungi harta kita daripada hujan dan panas serta dicuri oleh manusia lain.

Rumah ohhhh rumah !!!!

Setiap manusia menginginkan rumah tidak kira dia berkeluarga ataupun tinggal bersendirian. Orang yang telah berkahwin amat memerlukan rumah untuk melengkapkan kesempurnaan hidup mereka. Tidak kira sebesar mana rumah yang ingin dibina, rumah tetap menjadi pilihan utama.

Rumah ohhhh rumah !!!!

Takkan kita ingin menyewa rumah sampai ke usia tua. Tetapi kita mesti ingat ada insan yang tidak mempunyai rumah sendiri kerana tidak mampu untuk membelinya. Mereka terpaksa menyewa rumah sampai akhir usia. Aduhh ! Amat kasihan tetapi nak buat macam mana disebabkan gaji yang sedikit mereka tidak mampu untuk membeli rumah atau membina rumah, jadi mereka ini terpaksalah menyewa rumah untuk keluarga walaupun terpaksa tinggal dalam rumah yang sempit. Sebagai insan yang mempunyai rumah sendiri, kita hendaklah bersyukur dengan rezeki yang tuhan berikan dan jadilah rumah kita rumah idaman kita,suami atau isteri kita dan anak-anak kita.

Monday, May 26, 2008

Macam mana yea rumah idamanku ?


Macam mana yea ??????

Bila kita menaiki kenderaan atau berjalan-jalan, kita ternampak berbagai-bagai jenis rumah. Ada yang sangat menarik dan ada juga yang amat mengagumkan kita.Tetapi setiap rumah, kita mesti idamkan "rumah yang lengkap".

Apakah itu rumah yang lengkap ????

Lengkap di sini bukan bermaksud mempunyai kelengkapan rumah seperti sofa, almari, hiasan yang cantik, antik dan mahal harganya. Lengkap di sini membawa maksud mempunyai bilik tidur yang mencukupi untuk anak perempuan dan lelaki kita, mempunyai ruang makan, mempunyai ruang rehat, ruang dapur, bilik air dan tandas yang sempurna supaya kehidupan kita lebih tenang dan selesa sepanjang masa.