Thursday, May 29, 2008

Ruang tamu idamanku




Alamak, sempit ler ruang tamu rumah ni ! Kalau nak buat kenduri kendara memang ler susah. Ungkapan di atas biasa kita dengar apabila seseorang mengambil keputusan ingin membeli sesebuah rumah idamannya. Memang agak sukar hendak memilih rumah yang mempunyai ruang tamu yang agak luas. Setiap orang inginkan ruang tamu yang agak luas supaya nampak lapang, boleh memuatkan sofa atau kerusi, kabinet televisyen, hiasan lain seperti bunga dan yang penting, anak-anak boleh bermain di ruang tamu. Ini tidak. Apabila dimuatkan sofa dan sebagainya, ruang tamu tersebut nampak sempit dan pergerakan kita dan anak-anak akan tersekat. Oleh itu ruang tamu memainkan peranan penting dalam rumah idamanku. Kita mesti ingat ,fungsi ruang tamu ialah tempat untuk kita beristirehat, berbincang atau berkomunikasi dengan isteri atau suami, anak-anak dan juga tempat menyambut tetamu.Kita hendaklah bersyukur dan berpuas hati dengan ruang tamu yang kita miliki walaupun kecil kerana sekurang-kurangnya kita mempunyai tempat tinggal tidak seperti nasib orang yang tidak mempunyai rumah.

No comments: