Wednesday, May 28, 2008

Rumah oh rumah !!!!!


Setiap manusia amat memerlukan rumah untuk hidup lebih sempurna. Rumah adalah tempat kita berlindung daripada hujan dan panas. Selain itu, rumah memberi perlindungan kepada kita sekeluarga daripada musuh dan binatang liar. Rumah juga dapat melindungi harta kita daripada hujan dan panas serta dicuri oleh manusia lain.

Rumah ohhhh rumah !!!!

Setiap manusia menginginkan rumah tidak kira dia berkeluarga ataupun tinggal bersendirian. Orang yang telah berkahwin amat memerlukan rumah untuk melengkapkan kesempurnaan hidup mereka. Tidak kira sebesar mana rumah yang ingin dibina, rumah tetap menjadi pilihan utama.

Rumah ohhhh rumah !!!!

Takkan kita ingin menyewa rumah sampai ke usia tua. Tetapi kita mesti ingat ada insan yang tidak mempunyai rumah sendiri kerana tidak mampu untuk membelinya. Mereka terpaksa menyewa rumah sampai akhir usia. Aduhh ! Amat kasihan tetapi nak buat macam mana disebabkan gaji yang sedikit mereka tidak mampu untuk membeli rumah atau membina rumah, jadi mereka ini terpaksalah menyewa rumah untuk keluarga walaupun terpaksa tinggal dalam rumah yang sempit. Sebagai insan yang mempunyai rumah sendiri, kita hendaklah bersyukur dengan rezeki yang tuhan berikan dan jadilah rumah kita rumah idaman kita,suami atau isteri kita dan anak-anak kita.

No comments: