Wednesday, May 28, 2008

Ruang tidur idamanku !!!!!



Bagaimana ????

Itu persoalan yang timbul dalam fikiran kita. Bagaimana bentuk pelan bilik tidur kita ? Setiap kita mahu bilik tidur yang luas, lengkap dengan bilik air dan tandas di dalamnya supaya kita selesa untuk bergerak. Selain itu kita juga mahukan set bilik tidur yang bagus dan cantik sehingga sanggup menghabiskan wang beribu ringgit untuk membelinya. Yang tak mampu sanggup berhutang dan ada yang bayar secara ansuran setiap bulan.

Persoalannya mengapa ????

Jawapannya ialah kerana ingin melihat suasana tenang dan nyaman semasa memasuki bilik tidur. Selain itu, kita juga dapat melepaskan penat lelah bekerja sepanjang hari. Oleh itu bilik tidur yang kita idamkan mestilah dalam keadaan bersih, terjaga, mempunyai hiasan yang boleh menyejukkan mata, tilam dan katil yang selesa untuk kita berehat dan tidur.

1 comment:

mohdzaidi said...

blah la brader...mu tido dlm jamban je la